eKelas - Ujian Penilaian Sains dan Matematik Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas, telah diadakan Ujian Penilaian Sains dan Matematik Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menilai tahap pemahaman pelajar eKelas dalam subjek Sains dan Matematik. Penilaian ini dijalankan secara bergilir untuk pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 dengan setiap sesi dijalankan selama 1 jam 20 minit. Kelas ini berlangsung selama 2 jam 40 minit bermula 2.00 petang hingga 4.40 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali